Langkah awal dalam memulakan sesuatu perkara yang baru memang mengambil masa yang cukup lama. Begitu juga dengan saya, dalam usaha untuk menjayakan blog ini saya terpaksa berfikir panjang. Saya sering tertanya-tanya dalam diri, apakah yang ingin saya tuliskan. Dengan beban tugas yang semakin hari semakin bertambah, tanggungjawab yang semakin berat hari semakin berat dan mencabar membuatkan saya mengetepikan keinginan untuk menyiapkan blog saya ini. Mungkin bagi mereka di luar sana, itu bukan masalahnya. Tetapi bagi saya, memang itu suatu masalah... Di pejabat, saya akui saya terpaksa memncuri-curi masa untuk membuat sesuatu yang bukan tugas kerja saya.... Walaubagaimanapun, saya berbangga kerana hari ini saya berjaya menitipkan kata-kata awal untuk bolg saya ni...
Rasanya, cukup la untuk permulaan. Mungkin dikesempatan lain saya cuba untuk memasukkan informasi-informasi yang boleh kita kingsi bersama..
Excited!